Beberapa Macam Indikator dalam Forex
Terdapat beratus-ratus jenis indicator yang terdapat dalam dunia forex ini. Indicator ini secara basicnya adalah suatu script atau program yang telah ditulis oleh programmer. Di sini saya akan membincangkan beberapa “indicator” yang kerapkali atau biasa digunakan. Indicator biasanya menunjukkan keadaan pasaran yang “overbought/oversold”. Pasaran selalunya akan berpatah balik apabila indicator menunjukkan OB atau OS. Akan tetapi, keadaan seperti itu tidak selalu berlaku.
Berikut adalah 4 Jenis Indicator yang biasa digunakan :
1. Moving Average(MA)
2. Moving Average Convergence Divergence(MACD)
3. Bolinger Band(BB)
4. Relative Strength Index(RSI)
Moving Average
MA merupakan salah satu indicator yang paling populer. Terdapat beberapa jenis moving average. Simple Moving Average(SMA atau MA saja), Exponential Moving
Average(EMA), Weighted Moving Average(WMA). MA merupakan perkiraan harga tutup pasaran untuk sesuatu masa yang telah disetkan. MA merupakan garisan yang akan bergerak ke atas atau kebawah, mengikut arah pasaran.
Contoh:
Untuk mengira MA untuk 10hari (10MA) adalah seperti berikut
Kita akan campur harga tutup pasaran untuk 10 hari dan bahagikan kepada 10 hari.
Di bawah ini adalah contoh 100MA dan 50MA. Semua kiraan akan dibuat oleh program
Salah satu fungsi utama MA adalah untuk mengenal yang sesuatu trend sedang berlaku.MA adalah jenis indicator yang “lagging”. Maksudnya ia bergerak mengikut harga. Jadi MA ini tidak meramalkan apa-apa, Cuma ia “sahkan” yang sesuatu trend (uptrend atau downtrend) sedang berlaku
Seperti di contoh atas, dalam sesuatu uptrend, Ma akan berada di bawah harga pasaran dan ia akan mencondong keatas, dan juga sebaliknya dalam downtrend.
Sebagai contoh, kebanyakan trader akan mempertimbangkan untuk simpan position long mereke lebih lama apabila harga pasaran berada diatas sesuatu moving average.
“Momentem” atau kekuatan trend boleh diubah dengan mengunakan MA yang lebih kecil, misalnya kurang dari 20 hari. Lebih kecil perkiraan harga lebih kuat momentum dia. Selalunya MA yang kurang 20 hari boleh diklasifikasikan dalam short-term, 20-100 pula medium term dan 100 keatas long term trend. Traders selalunya mengunakan lebih daripada 1 MA untuk melihat pergerakkan market secara keseluruhan, dari segi short, mid dan long term MA boleh juga digunakan untuk mengetahui “level” yang boleh dianggap sebagai support dan resistance.
Contoh MA digunakan sebagai resistance.
Satu lagi fungsi MA adalah untuk setkan SL kita. Ciri MA yang boleh menjadi support atau resistance adalah “tool” yang boleh kita gunakan untuk meminimakan risiko kita dalam sesuatu trade kita.
Dalam contoh ini, kita menganggap MA200 sebagai support, dan mempunyai position long yang telah lama buka, apa yang boleh dibuat ialah SL kita boleh kita setkan dibawah line support ini.
Salah satu keburukan MA ialah ia tidak berguna apabila pasaran sedang ber”consolidate” atau flat. Contoh dibawah menunjukkan keburukan MA apabila market tidak trending atau tidak berada dalam kondisi trend, uptrend maupun downtrend.
Berhati-hati dengan “lag” MA. Oleh kerana semua MA adalah lagging, signal yang
diberikan oleh MA selalunya lambat, apabila market telah pun membuat pergerakkanya. Keadaan seperti ini akan selalu berlaku.
Cara basic untuk memanfaatkan MA untuk trading ialah “crossover”. Yaitu apabila pasaran bergerak dari atas MA kebawahnya, ataupun bergerak dari bawah keatas.
Satu lagi kaedah “crossover” ialah dengan menggunakan lebih daripada 1 MA.
“Crossover” jenis ini berlaku bila MA “shortterm” bersilang dengan MA “longterm”.
Cara ini gunakan untuk mengenal pasti “momentum” atau kekuatan sesuatu pergerakan pasaran. Signal untuk long dihasilkan apabila MA shortterm bersilang ke atas MA long term dan signal untuk short terhasil apabila MA shortterm bersilang kebawah MA longterm. Contoh dibawah menunjukan signal untuk long terhasil.
“Triple crossover” merupakan cara yang mengunakan 3 jenis MA. Sebagai contoh MA5, MA10 dan MA20. Dengan menambahkan MA, signal-signal yang palsu boleh dikurangkan.
Contoh signal buy.Apabila MA5 bersilang dengan MA10, dan naik ke arah atas, ini menunjukkan signal buy telah terhasil. Akan tetapi, trader boleh tunggu sehingga MA10bersilang dengan MA20 dan naik ke atas. MA10 yang bersilang dengan MA20 boleh digunakan untuk meng”confirm”kan buy signal yang dihasilkan oleh MA5 dan MA10.
semoga bermanfaat,
Tidak ada komentar:
Posting Komentar